Aktiviti

Thursday, 27 April 2017

Sejarah Kampung Som



      Asal-usul nama kampung ini bermula dari orang asli yang menamakan sungai disini dengan nama Sungai Som.Som dalam bahasa orang asli bermaksud bengkok.Ia dinamakan begitu kerana sungai di sini sangat bengkang-bengkok. Nama Som kekal hingga ke hari ini.

  •  Pembukaan Pertama
Pada tahun 1912, semasa Nikman bin Tok Muda Piah menjadi Penolong Penghulu Ulu Cheka, serombongan orang dari Kuala Rengai, Penjom, Kuala Lipis yang diketuai oleh Bon bin Dolah telah meneroka sungai Som. Semasa tanaman mereka hidupsubur, gajah telah datang menyerang dan memusnahkan tanaman mereka.Oleh kerana tidak tahan dengan ancaman gajah tersebut maka mereka telah balik ke tempat asal mereka.
  
  • Pembukaan kali kedua
Pada 1920, satu rombangan dari Tanjung Besar yang diketuai oleh Tn. Hj Nera bin Othman anak-beranak telah datang meneroka Kampung som ini.Oleh kerana Jumlah mereka tidak ramai tambahan pula penyakit hawar menyerang dan mereka tidak dapat bertahan lalu mereka balik ke kampung asal mereka.Maka kerajaan telah menarik balik tanah rizab kayu seluas 800 ekar.

  • Pembukaan seterusnya
Pada tahun 1927, satu rombongan dari Kuala Atok, Sega,Raub yang diketuai oleh Pawang Koyib bin Said telah masuk semula ke Kampung som. Serangan gajah masih berlaku kerana hutan yang masih tebal.Penolong Penghulu Ulu Cheka telah menolong menghalau gajah dan seladang tersebut dengan bantuan kerajaan negeri pada tahun 1931.


Thursday, 13 April 2017

Sambal hitam Pahang

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan asal usul sambal hitam yang sangat senonim dengan negeri Pahang Darul Makmur.Bagi orang yang berasal dari Pahang Barat khususnya di Kampung Som,Jerantut sambal hitam adalah menu wajib yang digemari selain dari gulai tempoyak,gulai asam rong  dan sebagainya.

Sambal hitam merupakan pembuka selera yang sangat terkenal di Pahang Barat. Kaedah penyediaannya yang unik dan tradisional menjadikan sambal ini sukar didapati di negeri lain di Malaysia. Jadi tidak hairanlah sambal hitam ini banyak ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.Malah ramai penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa ini.Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja.

Kenapa sambal ini dipanggil sambal hitam Pahang?

Sambal adalah makanan pelengkap dalam setiap masakan melayu.Sambal biasanya mempunyai rasa manis, masin, pedas dan masam yang digabungkan menjadi satu rasa yang cukup sedap.Sambal ini kelihatan hitam disebabkan oleh satu bahan penting dalam sambal ini iaitu belimbing buluh rebus.Belimbing buluh mentah direbus bersama garam dalam masa yang lama menjadikan ia kelihatan kecut dan berwarna hitam kecoklatan.Pahang pula adalah negeri yang senonim dengan penghasilan sambal ini.Jadi tak hairanlah sambal in dinamakan Sambal Hitam Pahang.


Resepi Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan

  • 10 biji belimbing buloh.
  • 1/2 cawan cili padi
  • 2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan serta dikupas.
  • 6 biji bawang merah ditumbuk
  • 5 sudu besar kicap
  • 1 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa



Cara-cara
  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi hitam kecoklatan.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  5. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  6. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.


Sambal Hitam Pahang

 






Sejarah Kampung Som

      Asal-usul nama kampung ini bermula dari orang asli yang menamakan sungai disini dengan nama Sungai Som.Som dalam bahasa ...