Asal-usul nama kampung ini bermula dari orang
asli yang menamakan sungai disini dengan nama Sungai Som.Som dalam bahasa
orang asli bermaksud bengkok.Ia dinamakan begitu kerana sungai di sini sangat
bengkang-bengkok. Nama Som kekal hingga ke hari ini.
Pada tahun
1912, semasa Nikman bin Tok Muda Piah menjadi Penolong Penghulu Ulu Cheka,
serombongan orang dari Kuala Rengai, Penjom, Kuala Lipis yang diketuai oleh
Bon bin Dolah telah meneroka sungai Som. Semasa tanaman mereka hidupsubur,
gajah telah datang menyerang dan memusnahkan tanaman mereka.Oleh kerana tidak
tahan dengan ancaman gajah tersebut maka mereka telah balik ke tempat asal
mereka.
Pada 1920,
satu rombangan dari Tanjung Besar yang diketuai oleh Tn. Hj Nera bin Othman
anak-beranak telah datang meneroka Kampung som ini.Oleh kerana Jumlah mereka
tidak ramai tambahan pula penyakit hawar menyerang dan mereka tidak dapat
bertahan lalu mereka balik ke kampung asal mereka.Maka kerajaan telah menarik
balik tanah rizab kayu seluas 800 ekar.
Pada tahun
1927, satu rombongan dari Kuala Atok, Sega,Raub yang diketuai oleh Pawang
Koyib bin Said telah masuk semula ke Kampung som. Serangan gajah masih
berlaku kerana hutan yang masih tebal.Penolong Penghulu Ulu Cheka telah
menolong menghalau gajah dan seladang tersebut dengan bantuan kerajaan negeri
pada tahun 1931.
|
Thursday, 27 April 2017
Sejarah Kampung Som
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah Kampung Som
Asal-usul nama kampung ini bermula dari orang asli yang menamakan sungai disini dengan nama Sungai Som.Som dalam bahasa ...
-
Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan asal usul sambal hitam yang sangat senonim dengan negeri Pahang Da...
-
Asal-usul nama kampung ini bermula dari orang asli yang menamakan sungai disini dengan nama Sungai Som.Som dalam bahasa ...
No comments:
Post a Comment